seterusnya......

Thursday, December 3, 2009

~BLOG INI DALAM PROSES UNTUK DIUBAHSUAI~

Saturday, April 4, 2009

MAKLUMAT PENTING



>>>Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain.
Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata.
Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang.


>>>HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula.
Israel mendakwa memusnahkan hampir semua terowong (200 buah).


>>>Hakikatnya Gaza mempunyai 800 terowong dan 200 terowong yang rosak itu akan dibaiki dalam tempoh 3 bulan sahaja.


>>>Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.


~~~~save Palestin .kami peduli UMMAT~~~~

Saturday, March 21, 2009

Allah adalah sebaik-baik tempat megadu....

When you are tired and discouraged from fruitless efforts...ALLAH knows how hard you have tried.
When you've cried so long and your heart is in anguish...ALLAH has counted your tears.

If you feel that your life is on hold and time has passed you by...ALLAH is waiting with you.

When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call...ALLAH is by your side.

When you think you've tried everything and don't know where to turn...ALLAH has a solution.

When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.

If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope... ALLAH has whispered to you.

When things are going well and you have much to be thankful for...ALLAH has blessed you.

When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow...ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS!!

sajak untuk MUSLIMAH

Seorang gadis itu…
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati … telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya …

seorang gadis itu …
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi … kasih untuk dirasa …
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …

seorang gadis itu …
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini … dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya …

seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya … bijaksana ia,
menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah …

seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu …
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara … dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya … dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya …


seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan …

seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya …

kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama … dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,
seorang gadis itu … anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu …
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, da’ieyah & mujahidah,
pejuang ummah … anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah … kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma’rifatullah …

seorang gadis itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan …

seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu …
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin….[/i]

oleh: Wardah Syaukiyyah, (penulis jemputan muslim page)

~Mana satu pilihan Hati~


Buat renungn semua:


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” mak meyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire


“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Perkara yang ingin disampaikan…

Ape yang disampaikan disini adalah, dalam pada kita mengharungi hidup sehari2an… hati ikhlas utk memberi… kita tidak pernah mengharap diri utk disayangi… tetapi, kita tidak pernah berhenti untuk memberi kasih sayang… kasih diberi kepada semua tanpa mengharap balasan… sayang diberi tanpa batasan… yang didamba hanya CINTA ILAHI… yang sememangnya takkan pernah dikecewakan…

Dari situlah kita merasa nikmat BERCINTA DENGAN PENCIPTA… biarpun satu dunia sibuk menyakiti hati kita… melukakan tubuh kita… sembilu ditusuk bagai tiada ruang lagi untuk disakiti… kepada Rabbi tempat mengadu hati.. Kepada Ilahi tempat mencurahkan segala… diri tak pernah mengaharap pd yang lain selain pencipta… dari situ lahir semangat yang tak pernah padam … tubuh yang lemah jadi mampu bertahan… kelukaan dizahirkan dengan senyuman… semangat dizahirkan dengan impian…

Walau siapapun yang tercipta untuk diri kita… kita tak pernah sibuk mencari sebelum masanya tiba… sabar menjadi benteng keinginan… semangat menjadi tembok alasan dari menceburkan hati ke lembah cinta manusia… dengan itu kita takkan pernah dikecewakan dengan cinta hambaNYA yang tidak pasti… cinta hambaNYA yang tidak kekal abadie…

Sesungguhnya hati manusia memang dimiliki Penciptanya… Kunci dipegang oleh Sang Pencipta… Jika hati tertawan pada makhluk ciptaanNYA, mengapa perlu bersusah mengejar kunci duniawi? sehingga menyebabkan diri alpa dan leka dengan maksiat mata dan hati…?? Serahkan segalanya kepada pemilik kunci yang Maha Agung… Bentengkan cinta dengan garis CINTA PENCIPTA… hati akan terus tenang tanpa resah didada…

Wallahualam…
p/s
Ingatlah sahabatku yg disayangi stp hamba telah ditakdirkn jodohnya masing2 bila tiba masanya dia mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi..Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi.
Tapi sayang, manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah telah pertemukan seseorang yang menambat hatinya, dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada Allah. Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan. Hatinya diselubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya. Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah. Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah! Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya. Padahal Dialah mengatur pertemuan melalui apa saja cara. Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta kita dikawal oleh syaro’ . Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah mengubat rindu. Semua ni khayalan. Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia yang selalu digilakan itu akan menjadi teman hidup. Kalau reality ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami@ isteri kita Sepatutnya, agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan pada-Nya,”
Moga AlLah temukn jodoh kita yg terbaik....dpt sama2 membimbing diri ke jln reda-Nya ...
"Ya Allah jk ak jth cinta....
cintakanlah ak pd seseorg yg melabuhkn cintanya pdMu agar bertambah kuat ku mencintai-Mu

Friday, March 20, 2009

dlm meniti arus kehidupan.....


Assalamualaikum...

Dalam mencari erti HIDUP..
Jalan yg terhampar banyak perlu dipilih..
Persoalannya, jalan yang bagaimnakah yg kita mahu...

Mencari CINTA sungguh meluas ertinya..
Cuma cinta yg bagaimanakah kita mahukan..
Kejarlah ia dgn redha ALLAH..
Pesan buatku dan remaja2 yg dahagakn kasih sayang..

Setiap manusia diutuskn ALLAH swt sbg Khalifah..
walaupun kita bukan sebagai pemimpin masyarakat,
tetapi sekurang kurangnya sebagai pemimpin bg diri sndiri,
juga keluarga yg bakal dipimpin..
PERJUANGAN..
Itulah ungkapan paling sesuai..
Jalan perjuangan itu ALLAH swt telah tulis bagi setiap para hambaNYA..
Cuma ia berbeza2 kerana recana ALLAH swt di Luh Mahfuz itu Maha Agung..

Ketiga2nya kita tak dapat elak dan lari daripadanya dalam membentuk diri dan mencari keredhaanNYA..
Lumrah manusia inginkan segala yang terbaik buat diri..
Namun layakkah kita??
Renungan buat diri sndri yg kekurangan..
Tazkirah yg xseberapa..
Buat para sahabat dan sahabiah berfikir..

Bagiku kini..
erti hidupku adalah memperbaiki diri kearah lebih baik.....
Cintaku...
Perjuanganku adalah utk kedua ibu bapaku
Maafkan aku kiranya perjuanganku utk Islam lemah..
Aku hnya mampu skadar mana yg terdaya dan diizinkanNYA..

Salam seperjuangan buat semua dengan hati yg hina...
Moga kamu tetap kekal berjuang dan aku akan ada dibelakang menyokong..
Selagi aku tidak mati...

p/s:
DUNIA hanyalah ALAT, bukan MATLAMAT......reda-Nya ku pohon dalam setiap tindakan....

salam ukwah....

Alhamdulillah dapat juga ana merealisasikan impian utk mamiliki blog ana sendiri,walaupun tidaklah sehebat blog sahabat2 ...insyaAllah ana akan cuba perbaikinya dari masa ke semasa .....insyaAllah ....mungkin tidak untuk masa terdekat dek kesibukan assingment ,kuiz & test yang tiada penghujung...macammanapun ,moga2 input2 dalam blog ini berguna & dapat memberi manfaat & ada nilainya diakhirat sana amin....
Disini ana ingin berkongsi sedikit mutiara kata yang mana bg ana sangat mendalam maknanya bg sesiapa yang menghayatinya....insyaAllah.


Kata hikmah:
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN.

Sungguh bermakna & dalam kata-kata ini .Kata-kata ini amat berkait rapat dengan soal akidah terutama tauhid uluhiyyah dimana kita percaya bahawa Allah lah yang mengatur hidup kita makhluk tidak akan sekali-kali dapat memberi mudarat kpd kita melainkan dengan izin-Nya.Antara kesan yang kita dapat ,kita tidak akan bergantung kepada makhluk & pastinya akan berani mengatakan kebenaran

Buat sahabat seperjuangan tak kira terutama dibumi mahad ,dimana tempat yang byk mendidik & membimbing ana mengenali islam expecially sahabat2 baik ku sendiri teruskan perjuangan kalian dalam bidang dakwah ...walaupun ana bukan sehebat kalian semua dari segi ilmu & amalan ...insyaAllah ana akan meyokong dari belakang....& tlglah nasihat ana tatkala ana lagha dengan dunia yang makin mencabar ..... "Perjuangan xpernah putus krn diikat dgn rantai keimanan,mujahid tidak pernah keseorangan krn diikat dgn rabitah hati ....mg ukwah yg terjalin ini ada nilai diakhirat kelak" mg ukwah terbina ada nilainya diakhirat sana ...amin.Ana meyayangi kalian semua kerana-Nya.Salam sayang.......


p/s ;
DUNIA hanyalah ALAT, bukan MATLAMAT......reda-Nya ku pohon dalam setiap tindakan.....